BAB 2
Tamat sudah waktu pembelajaran subjek Biology tingkatan 5. Subjek seterusnya adalah Sejarah. matapelajaran Sejarah diajar oleh cikgu Jo atau nama sebenarnya adalah Johan Bin Md Nor. Sebenarnya cikgu tu giginya jongang. Tapi budak-budak sekolah gelarkan dia sebagai cikgu Joe. Bukan nak bagi singkatan nama dia tapi singkatan bagi “ jongang “. Nasib baik cikgu tu tak perasan. Kekeke nasib cikgu lah.
“ Huh, bosannya! si Joe ni kalau ajar bukan betul pun. Sepatah haram aku tak jelas apa yang dia ajar. Budak-budak ni tengok gigi aje la, dok menyembur air liur sana sini. Kalau handsome takpe jugak , ni tidak! Botak tengah-tengah kat atas kepala. Haih, tidur lagi bagus. “ getusku di dalam hati. Baru je nak melelapkan diri, bahu terasa dicuit orang.
“ psst .. psst .. Mir ! Mirrrr ! wei bangun mangkuk. Kang cikgu nampak ,kau tidur masa dia ngajo haa naya kau kena diri atas kerusi. “ bisik Hani sambil menepuk badan aku.
“ Ala kejaplah Hani. Bagi aku tidur lima minit je tak lama pun. Nanti aku bangun lah eh eh. Aku mengantuk gila ni tak tahan . “ rungutku.
“ Lima minit atok hang . Lebih baik kau bangun sebelum kau kena denda macam haritu. wehhhhhhh bangun cepat! “ desak Hani bersungguh-sungguh mengejut kawan baiknya.
Aku terbangun secara automatik apabila terdengar kata-kata Hani tadi. Oh ya, aku baru teringat . Aku pernah kena denda berdiri di atas kerusi tiga hari yang lalu sebab aku terkantoi tidur masa cikgu Joe mengajar. Terus segar mata aku bila teringst kejadian tersebut.
“ Ok ok fine! aku bangun ni maduuuuku “ aku mendengus perlahan sambil mata menyorot ke tangan melihat jam jenama G-SHOCK di tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 9.30. Lagi sepuluh minit dah nak waktu rehat . Aduh aku baru teringat yang aku kena jumpa cikgu Rosyam kat bilik dia.
4
Kring .. kring.. Bunyi loceng tanda waktu rehat sudah bermula. Aku bergegas keluar dari kelas 5 Sains 1 dan terus berlari menuju ke bilik disiplin dimana tempat cikgu Rosyam selalu ada. Bilik disiplin itu terletak berdekatan dengan Pejabat Pentadbiran dan bilik Pengetua. Agak jauh juga dari kelas aku dan perjalanannya mengambil masa kira-kira tiga minit untuk sampai ke bilik disiplin.
Ketika aku bersungguh-sungguh berlari menuju ke bilik disiplin, aku terlangar seseorang dan hampir nak terjatuh. Hampir nak terjatuh sebab makhluk yang aku langgar tu dah capai tangan aku dah bagi elak aku jatuh. Agak terkejut jugaklah dengan tindakan refleksnya yang agak cekap, cermat dan pantas. Ceh dah serupa slogan polis je haha! Aku pun cubalah memandang makhluk yang tolong aku tadi. Agak cliche kan? hm biarlah.
“Waduh, ganteng banget ini cowok! ya ampun ya tuhan. Pergh, mata dia menyinar siot. Eh, jap jap! Siapa budak ni? Apesal muka dia aku tak pernah nampak pun kat sekolah ni?“ Aku memandangnya pelik.
“Err, brader! boleh tak awak lepaskan tangan saya? Soalku yang masih tidak lepas menatap matanya yang cantik.
“ Opss. Sorry! i am truly sorry “ Katanya seraya melepaskan tangannya. Oh hey, my name is Ezzaril Rizki. You may call me Ril or Rizki or perhaps dear? “ Dia memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya kepadaku sambil tersenyum. Dear? Ceh sempat lagi tu nak mengayat aku.
“Yo, Ril! iNah, it’s ok. But shaking hand with men which not have any relationship is haram you know ! Hope you don't mind. By the way, i have to go. See you when I see you, daaa “ Aku erus meninggalkannya tanpa mendengar balasannya. Aku terus panjat tangga ke bilik disiplin yang sememangnya berada betul-betul berdekatan dengan tempat kejadian aku berlanggar dengan mamat mane entah. Aku ketuk pintu dan memberi salam. Dan, bermula lah detik-detik denda aku yang malang.
“ Assalamualaikum, cikgu! Maaflah ada hal tadi tu yang lambat hehe! So, apa denda yang cikgu nak bagi ni?“ Punyalah bersemangat nak setelkan denda. Hidup Mir, kita kasi redah!!!
5
Setelah melaksanakan denda yang cikgu Rosyam bagi, aku terus turun ke kantin untuk membeli roti sebagai alas perut. Perut dah mula bernyanyi lagu Andai Perutku Bersuara ni. Sedang elok aku beratur panjang, tiba-tiba tangan ditarik orang.
“Woi, Mir! Nah roti. Aku dah belikan roti coklat untuk kau. Sweet tak aku? Haha. Eh, citer lah ape denda yang cikgu Rosyam bagi kat kau? “ tanya Hani ingin tahu. Iman yang duduk di sebelah Hani juga mendesak ingin tahu denda apa yang cikgu Rosyam berikan.
“ Hish sabarlah korang ni. Bagi aku melantak sat roti ni. Aku dah kebuluq ni. Dah macam paparazzi jek nak tahu semua. Hesh, setakat kena denda susun kertas-kertas dan stapler kertas matematik bagai apalah sangat. Sonang je tu. Lagipun kertas tu untuk tugasan budak-budak kelas 5 Perdana. Fuh, banyak gila kertas aku kena stapler. Bertingkek-tingkek. Naik lenguh jugaklah tangan aku. Tapi macam korang tak kenal aku kan ? Papehal pun, aku still steady and cool beb. " Sempat lagi puji diri sendiri. Ish ish.
“Hish kau ni Mir. Tak habis habis puji diri sendiri. Yelah kau kan supergirl. Eh, cepatlah habiskan makanan. Kejap lagi dah nak habis waktu rehat ni. Dah nak pukul 10 ni . “ ujar Iman.
“ Cet, itu je dendanya? Apa simple sangat. Tak payah suruh orang, diri sendiri boleh buat apa! Aku ingatkan kau kena cuci tandas lelaki ke dia suruh urut badan dia ke kan mana tahu. Ha baru mencabar namanya“ balas Hani.
Aku mengetuk kepala Hani. “ Kau gila ke hape ha Hani? Tak ke naya aku kena bukak baju dia pastu urut dia? eeeeeeeee simpang weh simpang" Balasku dengan nada tidak senang.
" Aduhhhh, Mir. Sakitlah mangkuk! Dah la tangan kau tu tulang je takda isi. Dah serupa kayu besi je. Urgh, ayah aku belum bayar zakat tau!" Marahnya sambil menggosok-gosokkan kepala. Agak sakit juga kerana tangan Mir ibarat besi karat. Heh, sama jek dengan kepala dia. keras kepala betul.
“ Tulah cakap merepek lagi. Takdanya aku kena cuci tandas lelaki. Tak kuasa aku. Bab urut tu tak hingin aku nak urut badan dia. Kalau badan ketul-ketul takpa jugak. Ini tidak! silap-silap, aku bukak langkah silat pusaka Hanafi ha pengsan dia nanti“ Ujarku dengan nada serius .
Setelah aku menghabiskan roti coklat brand Daily, kami terus mengorak langkah ke tingkat tiga bangunan blok G tempat di mana kelas 5 Sains 1 berada . Aku pun masuk ke kelas dan menuju ke tempat duduk. Botol air berwarna biru aku keluarkan bagi menghilangkan rasa dahaga. Sememangnya aku sering membawa botol air tak kira di mana dan juga bersama beg simpang Nike . Kiranya wajib dibawa kemana sahaja. Hm, dah terbiasa kot.
6
No comments:
Post a Comment