BAB 3
Dalam kesibukan aku mencari buku Matematik, ada suatu suara yang sememangnya aku benci dari dulu. Haih, makhluk tak dianggap ni siapa je tak kenal. Satu sekolah kenal dengan perangai nakal dia tu. Siapa lagi kalau bukan Muhammad Amar Hazriq a.k.a playboy sekolah tak bergaji. Dia ingat handsome lah? Padehal gigi berlapis kiri kanan.
“Hoi Mir ! Kau pehal kena denda dengan cikgu Rosyam? Ni mesti kes datang lambat lagi kan kan? Hahahaha" Sindir Hazriq.
“ Hish dasar penyebok la gigi lapis ni eee nak aje aku hempuk kau kang hanaya jek “ Tingkah Mir dalam hati. Aku bangun dari tempat duduk dan menghadapnya. Bermulalah sesi tenung menenung tanda tidak kepuasan hati . Tapi aku ni pendek, maka terpaksalah menginjakkan kedua-dua kaki memandangkan Hazriq jelas agak tinggi daripada aku.
Hazriq atau mudah dipanggil Haq sememangnya suka akan Mir atau nama sebenarnya Nur Ayra Humairah. Namun perasaan tersebut harus disimpan kukuh agar tidak digelakkan oleh kawan-kawannya. Ni kalau Mir tahu mahunya aku kena silat.
Hazriq atau mudah dipanggil Haq sememangnya suka akan Mir atau nama sebenarnya Nur Ayra Humairah. Namun perasaan tersebut harus disimpan kukuh agar tidak digelakkan oleh kawan-kawannya. Ni kalau Mir tahu mahunya aku kena silat.
“Ehem Mir, apehal kau dok tenung mata aku? Cakap jelah kau suka aku? Aku faham perasaan kau. Aku kan hensem mesti kau ada hati kat aku kan haha“ Tegurnya sambil tersenyum nakal. Hazriq sememangnya suka mengusik dan mengacau Mir tanpa sebab. Dah habit kot.
“ Huh, tak kuasa aku! Pakngah naik kereta pergi tanah merah , ada aku kesah? Perasan! Muka macam mamat tepi jalan kena langgar kereta eh ada hati cakap aku suka kau? Kau lupa tengok cermin ke pagi tadi? Balasku.
“Mak datuk bahasa kauuuu. Tak boleh lembut lagi ke? “ Usik Hazriq . "Hm tapi kau tetap comel pada mata aku. I loikee ! “ Dia bisik pada telinga Mir. Heh mamat ni sempat lagi ye, dok tersengih-sengih. Kau tunggu jap. Tahu lah nasib kau jakgi.
7
“Oh, thanks by the way. Nah hadiah!“ Aku terus pijak kaki Hazriq malah menendang kakinya sepertimana aku menendang si sotong agar-agar pagi tadi. Huh, baru puas hati aku. Aku tergelak kecil melihat dia menggosok kesakitan.
Hazriq yang hilang keseimbangan ketika itu hampir terjatuh namun kawan-kawannya sempat menahan dia daripada terjatuh. Sesekali dia terdengar bunyi gelak. Duhh malu siot! ..
“Wei minah kerek! Kau tengok lah nasib kau nanti . be watch out ! “ hazriq menepuk meja aku dengan kuat dan matanya memandang tepat ke arahku. Aku apatah lagi, jelir lidah padanya tanda provok.
“Oh ye? Do as you wish! Kataku sambil tersenyum menampakkan gigi yang putih bersih hasil penat lelah aku dok sental gigi dengan oral B setiap hari.
Aku melambaikan tangan bak puteri raja atau permaisuri british kepada Hazriq dan sekutunya saat mereka melangkah keluar dari pada kelas 5 Sains 1. Bukan sekutu tapi berkutu-kutu. Hazriq keluar dengan muka bengang. macam mana lah dia boleh kalah dengan minah kerek ni.
“ Ha takpa takpa. Ada guli ada guni, tengoklah apa aku nak buat nanti. “ desis hatinya . Diaa mula merencana strategi untuk mengenakan minah kerek bagi melancarkan serangan balasnya terhadap Mir. Dia tidak puas hati selagi tidak dapat mengenakan Mir . Hazriq tergelak sendirian apabila memikirkan strategi tersebut.
“Hish kau ni dah kenapa Haq?Dah macam kena sampuk dengan jin belaan si Mir ke hape? Dok ketawa sorang-sorang? Kau ni kan buat aku seriau jelah. " Kata Zaquan atau mesra dipanggil Zaq.
“ Eh takda apalah. Ada masa nanti aku cerita kat kau. Ni aku ade plan gempak nak kenakan minah kerek tu. Nak join? “ . Balas Hazriq tersengih sambil mengangkat kening kanannya.
8
No comments:
Post a Comment